“Tak sanggup sebenarnya nak hantar isteri saya, tetapi apakan daya” -Aliff Syukri - Utusan Malaysia

“Tak sanggup sebenarnya nak hantar isteri saya, tetapi apakan daya” -Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan ushawan terkenal, Datuk Aliff Syukri menzahirkan rasa sebak sewaktu menghantar isteri tercintanya, Datin Nur Shahida di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan ibadah umrah.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu berkongsi perasaan sedihnya bersama para pengikut menerusi satu hantaran video yang dimuat naiknya.

Dalam rakaman tersebut, difahamkan isteri kesayangannya itu menunaikan umrah bersama kedua ibu bapanya.

“Perjalanan mama untuk menunaikan umrah. Kenangan tahun ini amat berbeza dengan sebelum ini. Sebab sebelum ini, saya menghantar Shahida menunaikan umrah selalunya bersama arwah nenek.

“Namun tahun ini saya hanya mampu menghantar mak dan bapa mertua serta isteri menunaikan umrah. Walau amat sedih, tetapi kami sekeluarga tabahkan juga. Paling terasa anak-anak kecil ini.

Menurut Aliff, walaupun bukan mudah untuk berpisah seketika dalam jangka masa yang lama, namun terpaksa akur kerana kongsinya itulah niatnya jika ada rezeki untuk menunaikan umrah pada setiap tahun.

“Tidak sanggup sebenarnya hendak menghantar isteri saya, tetapi apakan daya. Niat isteri saya memang dari dahulu jika ada rezeki wang lebih, dia teringin menunaikan umrah setiap tahun.

“Alhamdulillah, syukur impian ini dapat saya tunaikan kecuali ketika pandemik Covid-19. Apa pun, bukan mudah untuk kami sekeluarga melepaskan mama untuk janga masa lama.

“Semoga mama gembira menunaikan umrah dan tenang di sana bersama ibu dan bapanya,” tulisnya panjang di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.