"Situasi drama tempatan sekarang adalah angkara penyiar!" - Yusry Abdul Halim - Utusan Malaysia

“Situasi drama tempatan sekarang adalah angkara penyiar!” – Yusry Abdul Halim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Barangkali sudah tidak sanggup lagi berdiam diri, penerbit dan pengarah filem terkenal, Yusry Abdul Halim, melahirkan rasa kecewa dengan syarat wajib yang diletakkan oleh stesen televisyen yang mensasarkan pemilihan seseorang pelakon berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.

Menyuarakan perkara tersebut di akaun Twitternya, Yusry, ternyata tidak bersetuju dengan implimentasi syarat tersebut dan memberikan pandangannya tersendiri.

“Apa kriteria untuk pelakon drama TV? Jumlah pengikut? Pempengaruh? Tahun 2021, saya cadang kepada penerbit untuk tukar pelakon utama sebab tak boleh bawa watak selepas tiga hari memulakan kerja penggambaran. Mulakan semula penggambaran!

“Tetapi, penyiar tetap mahu ‘pelakon’ itu. Saya pula yang ditukar. Situasi drama televisyen tempatan adalah angkara penyiar itu sendiri!” katanya.

Menerusi ciapan itu, turut dilihat mentor atau orang kuat industri yang dihormati, Fatimah Abu Bakar tidak ketinggalan menyatakan persetujuan dengan kenyataan Yusry tersebut.

“Terima kasih kerana berani menyuarakan hal ini, Terima kasih kerana mencuba. Jomlah semua. Bersatu demi seni!

“Ayuhlah semua. Barisan penerbit, pengarah, pelakon, kru-kru dan ya, stesen televisyen dan korporat untuk sama-sama bekerjasama membangkitkan semula industri seni kita. Jangan kita saling bermusuh,”katanya.

Tidak cuma itu, pengikut Yusry di Twitter juga turut tumpang meluahkan rasa kesal dengan situasi yang berlaku kerana bagi mereka hal ini seharusnya tidak wajar berlaku.

“Penerbit dan stesen televisyen di Malaysia ini, harapkan muka dengan pengikut berjuta-juta saja. Sebab itu kalau di luar negara, mereka tak pentingkan pun bilangan pengikut atau adakah seseorang tu merupakan pempengaruh media sosial?

“Bakat yang mereka cari. Contohnya drama Squid Games, mana ada pelakon diambil dengan 1 juta pengikut dan kayu?” ciap pengguna dengan akaun Fatin Illiqa.

“Jangan harap muka semata-mata. Bakat teruk. Kalau kita tengok pelakon-pelakon yang datang dari bidang teater, kualiti mereka sentiasa diiktiraf.

“Yang pengikut dan pempengaruh ini setakat dalam Malaysia saja lah. Harap Yusry boleh buat perubahan dalam benda-benda macam ini dalam mencari pelakon baru,” tulis seorang lagi pengguna.

“Mereka perlukan trafik daripada media sosial ke stesen siaran. Terdesak untuk memastikan relevansi dalam era OTT. Nak kekal relevan tetapi tunggang pengikut pelakon. Lebih baik pergi peringkat antarabangsa saja, Yusry ada kelebihan itu,”kata seorang lagi pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya