“Semoga Allah permudahkan Puteri sayang” -Akhirnya Puteri Aishah dedah wajah bakal suami - Utusan Malaysia

“Semoga Allah permudahkan Puteri sayang” -Akhirnya Puteri Aishah dedah wajah bakal suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Puteri Aishah akhirnya tampil mendedahkan wajah bakal suaminya di Instagram buat tatapan umum.

Menerusi entri Instagram, pelakon filem popular Pulang itu berkongsi beberapa hantaran gambar pra perkahwinan berkonsepkan lebih santai, di sekitar Georgetown, Pulau Penang.

Coretnya di ruangan kapsyen, dia dan bakal suami bukanlah seorang yang sempurna namun mereka berjanji dan berusaha untuk melengkap antara satu sama lain.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata peminatnya dan rakan artis menzahirkan rasa teruja selain menitipkan doa buat pasangan tersebut agar segala urusan ke jinjang pelamin dipermudahkan.

“Suka pasangan ini lah. Semoga Allah permudahkan Puteri sayang,” komen pelakon Ika Nabella.

“Ya Allah kau Rahmati anak yang baik ini. Kau lindungi dan sayangilah dia Ya Allah. Permudahkan segala urusan dunia dan akhirat buat Puteri serta keluarganya Ya Allah,” tulis pelakon Lizza Abdullah.

“Alolo suka dengan kamu berdua! Semoga dipermudahkan,” komen juga pelakon Mimi Lana.

Sebelum ini, Puteri juga pernah memuat naik beberapa hantaran gambar pra perkahwinannya dengan mengenakan baju kurung berona putih suci.

Namun ia mengundang tanda tanya orang ramai kerana dia dilihat tidak berkongsi siapakah gerangan bakal suaminya itu.

Kemudian, Puteri telah memaklumkan akan menamatkan zaman bujang bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang usahawan bulan ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN