Sebolehnya, saya mahu bekerjasama lama dengan team ini… -Iqbal Zulkefli - Utusan Malaysia

Sebolehnya, saya mahu bekerjasama lama dengan team ini… -Iqbal Zulkefli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dah usahawan terkenal, Iqbal Zulkefli menitipkan rasa syukur apabila dapat bergandingan dengan kru dan produksi yang jujur dalam berunding, untuk merealisasikan debut terbaharunya berjudul Hujan.

Menerusi entri Instagram, penyanyi itu memuat naik satu rakaman yang memaparkan disebalik tabir semasa pembikinan single sulungnya.

Menurut Iqbal, dia menyifatkan kerjasama dalam melakukan sesuatu perkara penting kerana ia menjadi asas dalam setiap hal.

“Segala menjadi mudah apabila kita semua jujur dalam berunding dan memberikan sepenuh hati dalam berkarya.

“Mereka juga membantu menaikkan saya. Saya bantu menaikkan mereka. Itulah yang sepatutnya asas dalam apa-apa hal.

“Sebolehnya, saya mahu bekerjasama lama dengan team ini,” katanya di Instagram.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu telah menunaikan untuk memberi cincin emas dan tudung untuk mereka yang bertuah.

“Cincin emas telah saya tunaikan. Tudung sudah lebih 30 orang saya tunaikan. Kali ini, saya terdetik mahu adakan satu peraduan memenangi wang tunai RM 5,000 memandangkan sambutan yang luar biasa.

“Atas rasa terima kasih, harapnya nanti saya dapat melakukan sebuah penghargaan. Siapa ada idea apakah peraduan yang menarik berkenaan lagu Hujan ini?” ujarnya.

Sekadar informasi, lagu berjudul Hujan ciptaan anggota kumpulan Floor88 itu mengisahkan sebuah kisah perjalanan hidup usahawan terbabit.

Kini, video klip lagu berkenaan telah mencecah hampir sejuta tontonan menerusi saluran Youtube Rusa Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN