Sebenarnya tidak mudah hidup ini tanpa kehadiran Sarah di sisi - Shuib - Utusan Malaysia

Sebenarnya tidak mudah hidup ini tanpa kehadiran Sarah di sisi – Shuib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan selebriti usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mengaku, dia tidak mampu untuk berkongsi masalah dengan sembarangan orang memandangkan selama ini posisi pendengar setia diisi oleh Allahyarhamah isteri tercintanya, Siti Sarah Raisuddin.

Menurut Shuib, sejak pemergian Allahyarhamah, dia menyimpan dan membungkam pelbagai emosi selain mengaku sukar meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal meski sentiasa berusaha menjaga keempat-empat anak mereka yang masih kecil.

“Mungkin orang di luar boleh berkata apa sahaja. Tetapi ini adalah perasaan saya. Sebenarnya tidak mudah hidup ini tanpa kehadiran Sarah di sisi. Selama ini dia sentiasa ada dengan saya. Hampir semua perkara kami buat sama-sama.

“Kalau ada masalah peribadi, dalam bisnes sekali pun, kami sama-sama saling merujuk antara satu sama lain. Bila dia dah tiada, saya jadi kekok. Nak rujuk dengan siapa?

“Bukan dengan semua orang kita boleh kongsikan masalah kita. Banyak perkara yang kami kongsi bersama sebelum ini,”katanya.

Menurut Shuib lagi, sejak tiga bulan lalu juga dia berdepan dengan kesukaran untuk menguruskan keluarga namun sentiasa mencuba memberikan yang terbaik buat anak-anak.

Berikutan itu, katanya, dia kerap menziarahi kubur arwah isterinya itu dan sering meluahkan perasaannya di situ.

“Itulah yang saya lakukan, sampai sekarang. Bila ada masalah, saya tak kongsikannya dengan orang lain. Walaupun dengan ibu atau mentua.

“Saya akan luahkannya semasa menziarahi kubur arwah. Di selang waktu, saya akan bertemu dengan doktor peribadi yang merawat Sarah dulu untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

“Penting juga sebab apabila sering dirundung emosi, tubuh badan kita juga secara tak langsung akan terjejas,”katanya.

Untuk rekod, Shuib dan arwah Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Allahyarhamah Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PUKM) di ibu kota akibat jangkitan wabak Covid-19.

Allahyarhamah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu.

Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya