Rupanya lagu Siti Nurhaliza petanda Caprice nak kahwin - Utusan Malaysia

Rupanya lagu Siti Nurhaliza petanda Caprice nak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Selain sebuah video ringkas yang memaparkan dirinya sedang mencuba beberapa bentuk cincin di jari, penyanyi rap dan selebriti media sosial penuh kontroversi , Caprice juga seolah-olah memberi petanda mahu berkahwin menerusi perkongsian sebuah lagu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, sehari sebelum menggemparkan negara dengan berita perkahwinannya, Caprice atau Ariz Ramli, 33, ada memuat naik lagu berjudul Seribu Kemanisan nyanyian Siti yang melatari video dirinya mencuba-cuba cincin.

Bagaimanapun, peminat cuma menyedari hal itu semalam selepas mengetahui signifikasi lagu tersebut yang berkait rapat dengan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Antara bait lagu Seribu Kemanisan yang dilihat menjadi tanda isyarat buat peminat dan pengikut mengenai hasratnya tersebut merujuk kepada lirik ‘Semarakkanlah warna asmara, pabila tiba ketikanya,keleraikanlah jalinan cinta, menjadi satu dalam jiwa’.

Dalam pada itu, Caprice dalam satu hantaran terbaru memohon maaf kepada semua pengikutnya kerana tidak aktif di media sosial sejak 40 hari lalu.

Katanya, ia berikutan dia sedang melalui pelbagai dugaan sebelum ini namun berjanji akan membuka cerita dalam masa terdekat.

“InsyaAllah, dalam masa terdekat saya akan kongsikan apa yang telah berlaku. Tolong ikuti instagram @signbycap untuk melihat sebarang perkongsian terbaru saya di sini kerana saya tidak lagi dibenarkan menggunapakai nama Caprice dan instagram ini kebelakangan ini.

“Saya terpaksa membuat hantaran ini secara umum menerusi akaun ini kerana ramai rakan-rakan media cuba menghubungi dari tadi dan fikir saya kahwin senyap-senyap,”katanya menerusi akaun @capriceofficial malam tadi.

Difahamkan, akaun tersebut juga baru ‘muncul’ di ruangan media sosial selepas Caprice tular dengan berita mengenai pernikahannya dengan seorang wanita yang dikenali dengan nama Farra Inalis Hussni juga malam tadi.

Sementara itu, sedikit info mengenai perkahwinannya, wanita pilihan Caprice yang kini selamat bergelar isterinya itu merupakan seorang ibu tunggal beranak satu dan berusia 26 tahun.

Usahawan tersebut yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan, mempunyai seorang anak perempuan bernama Aleesya Sofea yang kini berusia 7 tahun.

Menerusi Instagram, Elis sebelum ini pernah membuat pendedahan bahawa dirinya sudah enam tahun bergelar ibu tunggal dan difahamkan, perkenalannya dengan Caprice adalah sejak setahun yang lalu sebelum masing-masing membuat keputusan untuk berkahwin.

Terdahulu, gambar Caprice menyarung cincin ke jari manis pengantin perempuan dikongsi beberapa rakan terdekat menerusi Instagram Story (Igs) petang semalam.
habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN