Nasib Alif Muhaimin bak lagu Pelamin Anganku Musnah - Utusan Malaysia

Nasib Alif Muhaimin bak lagu Pelamin Anganku Musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Baru sahaja menyatakan hasratnya untuk berkahwin pada tahun depan, pelakon muda, Alif Muhaimin, 27, mendedahkan hasrat tersebut bagaimanapun terpaksa dilupakan setelah kekasihnya membuat keputusan untuk memutuskan perhubungan mereka.

Menurut pelakon ini, dia dan kekasihnya yang terkenal sebagai pempengaruh media sosial, Sara, sebelum ini menjalin hubungan percintaan selama lapan bulan dan tidak menyangka hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama wanita tersebut tidak kesampaian.

Perkara itu lebih meninggalkan kesan di hati juara Hero Remaja 2018 tersebut memandangkan dia telah mengumumkan hasrat berkahwin pada tahun depan dan memilih wanita tersebut sebagai suri hatinya.

“Kami putus hujung minggu lepas. Sedihnya, perpisahan kami cuma menerusi kiriman teks pesanan WhatsApp daripada Sara. Tak sempat nak bincang apa-apa.

“Jujurnya sangat terkejut dengan tindakannya sebab selama ini bukan main lagi cakap sayang dan seumpamanya. Tiba-tiba saya dapat mesej begitu. Katanya, ‘Saya dah buat keputusan, macam awak kata, kita tak boleh jadi kawan.

“Jadi, sama ada sambung hubungan ini atau tamatkan. Saya pilih untuk putus sebab dah tak boleh teruskan,” katanya.

Tidak mahu mengulas lanjut lantaran bimbang kenyataannya mungkin diisalah erti dan akan menyebabkan pihak di sebelah sana tersinggung, Alif mengaku hanya mampu mendoakan agar Sara bertemu jodoh dengan lelaki lebih baik.

“Harap lepas ini lelaki yang dia berkenan tu harap dapat jadi suami dan membimbingnya hingga ke jannah.

“Sakit hati macam mana pun, saya kena tukar perspektif fikiran, fikir bahawa Allah telah selamatkan saya. Ada hikmah, insya-Allah,”katanya.

Sementara itu, menyentuh soal karier lakonan, Alif berselorih bahawa rezekinya selepas putus cinta semakin murah dan melimpah ruah.

Baru-baru ini, kata pelakon tersebut, dia ditawarkan watak utama bagi membintangi drama Sentuhan Jiwa arahan sutradara terkemuka, Osman Ali dan diterbitkan syarikat produksi miliknya, Nuansa Films.

“Sesi penggambaran sedang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa lokasi lain,” ujarnya.

Dalam naskah berkenaan, turut terbabit ialah Afifah Nasir yang menjadi pasangan heroinnya serta pelakon senior, Roy Azman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya