Mommy Happy sedia bahan pembelajaran interaktif kanak-kanak - Utusan Malaysia

Mommy Happy sedia bahan pembelajaran interaktif kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Biarpun masih baru di pasaran, Syarikat Mommy Happy Group Sdn Bhd atau lebih dikenali dengan nama Mommy Happy kini menjadi pilihan ramai ibu bapa dan guru untuk mendapatkan pelbagai produk pendidikan khususnya untuk kanak-kanak berusia dua hingga lapan tahun.

Menyediakan banyak pilihan produk yang ada dalam rangkaian seperti buku pembelajaran, permainan, kad imbasan, buku dan pelbagai alat bantu mengajar, ia semakin mendapat sambutan ramai sebagai antara bahan rujukan ibu bapa dan guru pada masa kini.

Menurut pengasas syarikat itu, Siti Sarah Mohd Fauzi, 35,pihaknya cukup optimis dengan sambutan yang diterima ramai terutama dalam memberikan pendidikan terbaik buat anak-anak.

“Ini merupakan antara usaha kami untuk membantu anak-anak untuk belajar membaca, mengira, menulis dan mengaji. Malah turut disertakan kod QR di setiap halaman buku contohnya untuk membuka akses kepada video panduan. Ia turut membantu anak-anak untuk membuat ulangkaji,” katanya.

Siti Sarah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang perniagaan berkata, syarikatnya sudah terbukti berjaya melahirkan ribuan usahawan dengan rata-ratanya adalah daripada golongan wanita yang hanya berniaga dari rumah.

“Di era pandemik COVID-19 ini ramai yang bergelut untuk meneruskan survival hidup. Lalu kami mahu mengajak lebih ramai suri rumah dan sesiapa sahaja untuk bergelar Usahawan Mommy Happy. Sambil menambah ilmu, boleh menjana pendapatan dengan cara mudah.

“Tanpa perlu modal tinggi. Cuma perlu berbekalkan semangat yang jitu, rajin dan komited menjual produk dan kerap mengemaskini promosi di media sosial.

“Tag line atau asas kami sendiri mahu memberikan kebahagiaan dan keceriaan kepada kepada golongan ibu atau suri rumah dan menaikkan semangat anak-anak untuk belajar dengan dalam masa yang sama, boleh bergelar usahawan Mommy Happy yang berjaya” katanya.

Siti Sarah berkata, usahawan mereka juga turut dibekalkan dengan ilmu dan tips menerusi kelas yang dilakukan secara konsisten setiap bulan.

“Tidak hanya kelas perniagaan untuk usahawan, anak mereka juga ditawarkan pelbagai kelas ilmu secara percuma seperti kelas membaca, menulis, mengira, mengaji dan melukis.

“Mereka juga tak perlu menyimpan stok produk di rumah kerana kerja pengeposan dan pembungkusan dilakukan pihak kami.

“Mereka hanya perlu menempah produk diingini menerusi sistem laman sesawang yang disediakan. Bukan hanya pendapatan diraih, usahawan juga layak mendapat bonus dan pelbagai ganjaran,”katanya.

Sementara itu, Program Cabaran 100 Hari Anakku Bijak bersama Mommy Happy dianjurkan terbuka kepada semua ibubapa dan guru dengan menawarkan ganjaran menarik.

Antaranya seperti wang tunai RM5000, komputer riba, gelang emas, barangan permainan kanak kanak dan pelbagai hadiah yang menarik untuk dimenangi.

“Mereka yang mempunyai anak anak berusia dua hingga lapan tahun dialu alukan untuk menyertai cabaran ini hanya dengan beberapa langkah mudah.

“Iaitu dengan mendapatkan produk keluaran kami dengan usahawan berdaftar di seluruh negara,”katanya.

Kehadiran produk ini turut dilihat bertepatan dengan norma baharu di era pandemik ini saat Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian turut dipraktikkan.

Rangkaian produk dijual pada harga yang berpatutan bermula daripada harga serendah RM10 hingga kepada RM150.

Maklumat lanjut boleh layari laman web http://mommyhappygroup.com

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN