Mawi bakal terbitkan biografi - Utusan Malaysia

Mawi bakal terbitkan biografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Mawi bakal menerbitkan sebuah biografi yang akan dikeluarkan pada bulan hadapan.

Mawi atau nama sebenar Asmawi Ani, 38, berkata biografi tersebut merupakan catatan kehidupannya sejak menyertai Akademi Fantasia hingga sekarang.

“InshaAllah akan dilancarkan pada penghujung Disember depan.

“Buku ini adalah kisah hidup saya. Saya nak kongsi sebagai inspirasi kepada semua pembaca,” katanya.

Mawi berkata demikian ketika ditemui media di program anjuran radio Zayan di Taman Serdang Jaya, dekat sini.

Dalam pada itu, Mawi berkata dia berhasrat untuk menerbitkan sebuah biografi sejak dahulu lagi.

“Cuma perjalanan itu pada ketika itu belum cukup kuat.

“Saya nak kongsi waktu kegemilangan. Tetapi selepas itu ada fasa lain ketika saya berdepan gangguan-gangguan (mistik) yang tidak saya ceritakan kepada umum.

“Ketika itu, saya rasa seperti mati kemudian hidup semula. Saya nak kongsi pengalaman itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya