Kepada Iqbal, jangan mudah 'koyak' - Vida - Utusan Malaysia

Kepada Iqbal, jangan mudah ‘koyak’ – Vida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada apa lagi yang mampu Datuk Seri Vida doakan kepada Iqbal selain semoga lagu baharunya nanti akan diterima dan berjaya mencipta populariti untuk lelaki yang pernah menghuni hatinya itu.

Namun, Vida dalam pada masa yang sama turut menasihatkan agar Iqbal jangan mudah ‘koyak’ dan sentap apabila sudah bergelar artis kerana dunia seni ini penuh dengan cabarannya.

“Semoga apa yang awak rancang berjaya, untuk jadi popular. Semoga berjaya ya.

“Selamat datang ke dunia artis. Ingat, jangan mudah ‘koyak’,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya berhubung status hubungannya, Vida ketika ini hanya mahu mendiamkan diri dan tidak mahu melayan sebarang kontroversi melibatkan namanya dan Iqbal.

“Selepas insiden pukul 3 pagi, saya hanya mampu mendiamkan diri. Terlalu berat untuk saya tanggung. Lebih baik diam sahaja, seketika,” jelasnya.

Sempat mengusik Vida tentang single baharunya, dalam nada berseloroh dia berkata; “Saya bagi laluan kepada Iqbal dulu okey?”

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya