Kalau hadiah, janganlah harapkan apa-apa - Uqasha Senrose - Utusan Malaysia

Kalau hadiah, janganlah harapkan apa-apa – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Uqasha Senrose, 29, melahirkan rasa kesal kerana sehingga sekarang masih ada dalam kalangan peniaga atau usahawan yang beranggapan setiap hadiah yang diberikan wajib direbiu.

Menurut Uqasha, sebagai artis atau selebriti, dia mengaku, serik apabila telah beberapa kali ‘terkena’ dengan peniaga-peniaga lokal yang tidak menyatakan tujuan pemberian hadiah dengan spesifik.

“Bagi saya, kalau ikhlas nak bagi hadiah, cakap itu hadiah. Jangan harapkan review atau apa-apa. Jatuh tak ikhlas.

“Walaupun hadiah, biasanya saya selalu muat naik di Instastory sebagai tanda terima kasih.

“Tapi, apa-apa, kalau cakap nak bagi hadiah, cakap hadiah dan jangan mengharapkan apa-apa sebagai timbal balas. Serik sebab sudah beberapa kali terkena. Kita nak tolong peniaga, tapi kita pula yang kena balik,”katanya.

Uqasha berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik menerusi Instastorynya.

Bagaimanapun, pelakon yang juga tunang kepada Kamal Adli ini mengaku tidak menujukan perkara tersebut kepada mana-mana pihak secara spesifik dan cuma memberi teguran secara terbuka.

“Tidak tuju kepada sesiapa. Cuma, nak cakap secara terus kepada semua. Beritahu saja kepada saya sama barangan itu sebagai hadiah atau untuk direbiu,”katanya.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN