Isteri Kid Search meninggal dunia - Utusan Malaysia

Isteri Kid Search meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada pemain gitar kumpulan Search, Kid, Noraznin Yusof telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Kuala Lumpur sekitar pukul 5 pagi tadi, akibat kanser darah yang dihidapinya.

Menerusi entri Facebook, perkhabaran duka tersebut disahkan oleh adik ipar arwah, Deena Mohammed Taib menerusi satu status di platform tersebut.

“Assalamualaikum, makluman buat semua. Kakak ipar saya, Noraznin Yusof telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pagi ini.

“Mohon doakan agar rohnya dicucuri rahmat. Terima kasih di atas doa dan kasih sayang tuan puan semua buat kakak ipar saya.

“Semoga roh kakak ipar saya tenang dan berbahagia di dalam baharu,” coretnya di Facebook.

Sekadar informasi, Allahyarham mula menjalani rawatan di hospital akibat kanser darah myeloma tahap empat pada Disember 2020.

Allahyarham juga meninggalkan suaminya dan dua orang cahaya mata iaitu Aaqil Naquidean dan Deanda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya