“Hentikan budaya penderaan dalam institusi!” -Diana Danielle - Utusan Malaysia

“Hentikan budaya penderaan dalam institusi!” -Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Satu ciapan seorang warga Twitter berhubung kes Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkainain yang telah meninggal dunia akibat dibuli empat tahun lalu, mendapat perhatian pelakon terkenal, Diana Danielle.

“Kau tak nak tanya apa punca semua ini? Kau tak nak tahu perangai arwah macam mana sampai boleh jadi seperti ini?” ciap individu tersebut di Twitter.

Lantas, pelakon drama Ganjil itu meluahkan rasa berang dengan ciapan berkenaan kerana menyifatkan individu itu tidak sepatutnya berpihak kepada si pembuli terbabit.

“Pandainya bercakap, perangai awak itu elok sangat ke sampai layak untuk hidup?

“Keadilan untuk Zulfarhan dan hentikan budaya penderaan ini dalam institusi! Membina jati diri tidak ada kena mengena dengan membuli. Banyak kali membuli sehingga membawa kematian.

“Jadi, bagaimana saya boleh teruskan untuk berdiam diri? Saya juga mempunyai anak. Ia sangat membimbangkan apabila ada orang seperti dia boleh berpihak kepada pembuli dan penindas!” luahnya di Instastory.

Dalam pada itu, Diana juga menegaskan tidak perlu pendapat individu berkenaan kerana semua mereka telah pun dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

“Undang-undang sudah dilaksanakan dan semua mereka akan menjalani hukuman. Kami tidak perlukan pendapat anda,” tegasnya.

Perkongsian tersebut dikongsi pelakon itu selepas memuat naik satu tangkap layar ciapan individu berkenaan di Instastory miliknya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa memerintahkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut berkenaan atas tuduhan mencederakan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkainain, empat tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya