fbpx

5 Disember 2021, 12:23 pm

  TERKINI

Ellen Degeneres panggil Sajat Januari depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Satu persatu temubual bersama media antarabangsa mula melingkari hidup usahawan kontroversi, Nur Sajat kini.

Terbaru, usahawan transgender itu mengaku bakal muncul dalam program terkemuka dunia, The Ellen Show yang dihoskan oleh pengasas program tersebut, Ellen DeGeneres pada Januari depan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Sajat menerusi satu video pendek di akaun TikTok kelmarin, selepas ditanya oleh pengikutnya di ruangan itu.

Menurutnya, jika tiada aral, dia akan berkunjung ke Singapura pada bulan Februari namun sebelum itu, dia akan terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk memenuhi jemputan Ellen DeGeneres ke program live The Ellen Show.

“Pada bulan Januari, saya akan pergi ke AS untuk The Ellen Show,” katanya.

Selain itu, Sajat berkata, dia tidak bercadang untuk pulang ke Malaysia dan dia berasa “selamat, gembira dan bebas” hidup di Australia.

Nur Sajat, yang mempunyai pengikut media sosial yang ramai, sering mencetuskan kontroversi berkaitan isu transgender.

Difahamkan, melarikan di ke Bangkok, Thailand dan kini menetap di Australia.

POPULAR

KOSMO! TERKINI