“Dengar berkali-kali, lagu ini buat saya menangis” -Single pertama Iqbal raih perhatian warganet - Utusan Malaysia

“Dengar berkali-kali, lagu ini buat saya menangis” -Single pertama Iqbal raih perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli telah menerima pelbagai reaksi warganet selepas melancarkan debut singlenya berjudul Hujan, petang semalam di saluran Youtube Rusa Music.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet menzahirkan ucapan tahniah buat usahawan yang kini sudah bergelar penyanyi itu kerana hasratnya untuk mempunyai sebuah lagu tercapai.

“Wah tahniah abang Iqbal, padu habis,” tulis seorang penonton di ruangan komen itu.

“Tahniah Iqbal dan team. Sedap lagu ini. Lirik yang sangat mendalam. Berbangga dengan awak. Abaikan apa orang cakap. Semoga mendapat sambutan,” komen lagi seorang penonton.

“Tahniah Iqbal dan team! Lirik lagu yang penuh maksud. Bukan sekadar pemasaran seperti yang lain. Tahniah sekali lagi,” komen salah seorang warganet lagi.

Selain itu, rata-rata penonton video muzik tersebut juga tertarik dengan lagu berkenaan selain ada yang memuji suaranya walaupun kali pertama mempunyai single sendiri.

“Dengar suara semasa dia bercakap sudah tahu suara dia memang boleh menyanyi. Terbaik lah abang Iba,” komen seorang pendengar.

“Boleh tahan suara Iqbal ini, rasa dia seperti mendengar nasyid pun ada. boleh tahan suara husky dia,” tulis lagi seorang pendengar lagu tersebut.

“Bila saya mendengar berkali-kali ternyata lagu boleh membuatkan saya menangis. Tahniah abang Iqbal. Sedap nyanyian seakan lagu nasyid dah,” komen juga seorang pendengar.

Sejak dilancarkan pukul 5 petang semalam, video muzik Hujan kini sudah meraih lebih 400,000 penonton kurang 24 jam dan menerima 5,000 komen warganet.

Sekadar informasi, lagu berjudul Hujan ciptaan anggota kumpulan Floor88 itu mengisahkan sebuah kisah perjalanan hidup usahawan terbabit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN