“Buat apa saya nak buat gimik seperti itu untuk malukan diri” -Baby Shima - Utusan Malaysia

“Buat apa saya nak buat gimik seperti itu untuk malukan diri” -Baby Shima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Baby Shima, tampil memberi penjelasan berhubung beberapa gambar memaparkan dia didakwa sedang ‘mencium’ seorang lelaki, di dalam sebuah kelab malam seperti yang kini tular di media sosial.

Menerusi platform TikTok, penyanyi lagu popular Pura-Pura Bujang itu memuat naik satu video untuk penjelasan buat orang ramai selepas dirinya teruk dikecam netizen.

Akui gambar tular itu adalah figuranya, Shima menjelaskan gambar yang telah tersebar itu adalah satu adegan dalam muzik video lagu terbaharunya, Lalai.

“Buat apa saya nak buat gimik seperti itu untuk memalukan diri sendiri.  Apabila saya membaca komen-komen, semuanya mengecam saya tanpa mereka tahu perkara sebenar.

“Kalau kamu semua nak tahu, gambar berkenaan semasa saya melakukan pengambaran lagu terbaharu, Lalai. Puas hati?” jelasnya di TikTok.

Dakwanya, pihak yang tidak bertanggugjawab menyebarkan gambar terbabit cuba untuk memburukkan namanya supaya dibenci orang ramai.

“Shima nak minta maaf berkenaan gambar yang tersebar itu, saya pun tidak tahu ia datang dari mana. Mungkin orang sebarkan itu cuba hendak memburukkan nama saya.

“Shima ingin jelaskan, gambar itu bertujuan untuk memburukkan nama, menjatuhkan serta memalukan saya supaya dia buat orang ramai benci lagi terhadap diri saya,” ujarnya lagi.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet turut menzahirkan rasa simpati selain menitipkan semangat buat penyanyi itu.

“Sabar sayang, semuanya baik-baik okey. Saya tetap suka awak,” komen seorang peminatnya.

“Bila kita nak menjadi artis baharu, macam-macam dugaan akan datang. Walaupun perkara itu kadang kala tidak betul pun, tabah dan kuat okey,” komen juga seorang peminatnya.

Bagaimanapun, Shima terus menerus menjadi bahan kecaman warganet biarpun telah menjelaskan isu sebenar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN