“Tibai selagi boleh, selagi langit tak cerah lagi” -Juliana Evans - Utusan Malaysia

“Tibai selagi boleh, selagi langit tak cerah lagi” -Juliana Evans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon terkenal, Juliana Evans tampil memberi reaksinya berhubung isu protes kru produksi filem di Hollywood yang meninggalkan set pengambaran sebagai tanda bantahan kerana terpaksa bekerja melebihi had waktu.

Menerusi entri Twitter, pelakon filem Hantu Bonceng itu memuat naik satu tangkap layar berkaitan isu terbabit menerusi ciapannya.

Juliana berkata, isu tersebut tidak hanya berlaku di Malaysia namun kru-kru untuk produksi besar di Hollywood turut terpaksa berdepan dengan situasi yang sama.

Tambahnya lagi, dia menyifatkan dalam negara ini ada di antara mereka yang terpaksa bekerja hampir 20 jam dan perkara itu dianggap normal keranasudah menjadi kebiasaan sejak sekian lama.

“Sudah lama nak bercakap tentang isu ini sebenarnya. Ingatkan di Malaysia sahaja. Hollywood pun ada masalah dengan masa bekerja berlebihan di set.

“Itu baru 12 ke 13 jam mereka sudah bising. Malaysia? 16 ke 20 jam itu normal.

“Tibai (redah) selagi boleh, selagi langit tak cerah lagi,” katanya.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, segelintir warga Twitter telah memberi reaksi yang sama seperti apa yang diperkatakan pelakon itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.