Lawak, wanita dan harga diri - Utusan Malaysia

Lawak, wanita dan harga diri

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sebelum ini, apabila seniman, Hamid Ghurkha meluahkan pendapat pelawak sekarang ‘kosong’ dan tidak sensitif, ramai yang ‘naik angin’. Kononnya lawak dahulu dan sekarang jauh berbeza. Kena tengok peredaran masa dan permintaan peminat.

Bukan Poklip mahu menangkan pelawak veteran itu, tetapi melihatkan isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang, ada benarnya juga pendapat itu. Segelintir pelawak memang suka menggunakan isu lucah dan tidak senonoh sebagai bahan jenaka.

Selain menjatuhkan wanita, mereka juga tanpa segan silu walaupun secara tersirat suka mengundang persepsi buruk dan mencemar maruah. Itukah tahap dan standard industri komedi kita sekarang? Tidak bukan? Poklip tahu ramai lagi yang bijaksana.

Poklip tidak mahu sebut nama individu yang seronok bercerita tentang isu rogol itu. Cukuplah netizen juga tahu dan maklum dengan perbuatan itu. Mereka juga sudah meminta maaf dan harapnya, menyesali setiap perkataan yang dimadahkan.

Cuma kita perlu lihat dari konteks yang lebih besar. Poklip tidak mahu bandingkan industri kita dengan luar negara. Ada segelintirnya lebih teruk. Cuma, kita ambil yang positif dan ubah corak pemikiran menerusi perkara yang positif.

Ramai juga artis yang bersuara tentang isu wanita ini. Poklip menanti juga beberapa nama yang dahulu lantang bersuara tetapi mungkin apabila melibatkan ‘sahabat seindustri’, semua tutup mulut. Mungkin tunggu masa yang sesuai.

Kata orang, tiada guna menambah minyak dalam api yang membara tetapi harapnya sikap itu turut digunapakai dalam isu-isu kontroversi lain kelak.

Di kala ini, pemain industri adalah muka hadapan dan menjadi ikutan generasi muda. Jika buruk yang ditonjolkan, tidak mustahil ada yang akan turut mengikut. Tugas seorang pempengaruh, selebriti dan artis ini bukan mudah. Tetapi ini jalan yang anda pilih, hadap.

Poklip suka melihat beberapa anak seni yang berjaya menerusi bakat dan pencapaian. Tidak banyak bunyi dan tahu di bumi mana dia berpijak. Itu baru anak seni sejati. Tak gitu?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya