Hidap bipolar: Marshanda jalani rawatan ketamin - Utusan Malaysia

Hidap bipolar: Marshanda jalani rawatan ketamin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelakon, Marshanda mendedahkan terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk mendapatkan rawatan ketamin untuk penyakit bipolar yang dialaminya.

Lapor Liputan6.com, Marshanda atau nama sebenarnya Andriani Marshanda mendedahkan perkara itu ketika diundang sebagai tetamu bagi sebuah program di saluran Youtube Maia Al El Dul.

“Di Indonesia, rawatan ketamin masih belum dibenarkan. Di AS, dibolehkan. Oleh kerana itu saya terbang ke sana untuk mendapatkannya.

“Rawatan dilakukan dua kali seminggu, berjalan selama dua minggu,” katanya.

Jelas pelakon sinetron Orang Ketiga ini, rawatan tersebut dilakukan secara suntikan yang dilakukan selama 50 minit.

“Ya, ketika disuntik, saya masih sedar.

“Saya tidak ditidurkan, ia berlaku seperti mimpi cuma dalam keadaan sedar.

“Ketika itu, saya rasakan keadaan sekeliling seperti bergerak perlahan,” ceritanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.