Hentikan menyalahkan Karen, Harith percaya dia ada masalah kesihatan mental - Utusan Malaysia

Hentikan menyalahkan Karen, Harith percaya dia ada masalah kesihatan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Harith Iskander Musa, 55, menegaskan kepada khalayak untuk berhenti menyalahkan pelancong luar yang membuat kecoh di butik terkemuka baru-baru ini.

Jelas Harith menerusi ciapan di akaun Twitternya, wanita yang dikenali dengan nama Karen berkemungkinan mempunyai masalah gangguan kesihatan mental.

“Kita harus berhenti menyalahkan wanita berkenaan. Dia kelihatan tidak sihat dan jelas berdepan dengan permasalahan dalaman diri sendiri.

“Saya percaya dia ada anak-anak dan harap mereka selamat dan dilindungi. Teruskan hidup,” ciapnnya.

Sementara itu, menerusi perkongsian hantaran di Instagram sebelum ini, Harith memuji dengan tindakan pekerja butik tersebut kerana tidak membenarkan Karen masuk.

“Syabas kepada staf kerana tegas dengan individu itu (Karen) yang tidak respek dengan prosedur operasi standard (SOP) dalam negara ini.

“Yeah, rakyat Malaysia lazimnya tenang saja. Tetapi itu tidak bermakna kami membenarkan anda (pelancong) bergerak bebas andai enggan mengikuti peraturan dan SOP,” ujarnya.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia mendapati seorang pengguna di Twitter melayangkan pandangannya bahawa masalah mental bukan tiket untuk seseorang bebas melakukan apa sahaja.

“Menjadi penghidap masalah gangguan mental bukan bererti dia bebas untuk berjalan ke sini sana tanpa memakai pelitup muka dan buat kecoh.

“Ayuhlah kita jangan menormalisasikan alasan itu,” ciap seorang pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya