Fattah Amin mahu keluar daripada stereotaip watak lelaki kaya, kacak - Utusan Malaysia

Fattah Amin mahu keluar daripada stereotaip watak lelaki kaya, kacak

Fattah Amin akan membawakan watak Amri, suatu karekter yang berbeza pernah dibawakan sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anak wayang seorang ini tidak boleh dinafikan lagi kehebatannya dalam bidang lakonan.

Apabila mendengar sahaja namanya, secara tidak langsung minda terbayangkan karakter anak kepada keluarga kaya, lelaki kacak serta romantik.

Kemunculannya pelakon terkenal, Fattah Amin di layar skrin jarang sekali mengecewakan peminatnya dengan penampilan yang mempersonakan malah menambat hati penonton menerusi penyampaian watak yang dilakonkan.

Bagaimanapun, suami kepada pelakon popular, Fazura itu tampil cuba mengubah stereotaip karakter lelaki yang selalu dimainkan dengan menampilan watak sebagai Amri di dalam sebuah naskhah fantasi, Ganjil.

Fattah Amin akan membawakan watak Amri, suatu karekter yang berbeza pernah dibawakan sebelum ini.

Menurut Fattah, watak Amri ini jauh sekali berbeza dengan watak yang dimainkan dalam naskhah romantisnya, sebelum ini.

“Watak Amri ini sama sekali berbeza, peminat saya mungkin nak melihat watak-watak yang tidak pernah saya bawa iaitu keluar dari kepompom stereotaip yang membawa watak anak orang kaya, kacak serta cool.

“Jadi, inilah watak yang saya keluar dari semua watak stereotaip yang pernah saya bawa sebelum ini,” katanya ketika ditemu bual.

Selain itu juga, Fattah turut memberitahu naskhah Ganjil ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana menggabungkan genre romantik dan fantasi menjadi satu.

“Watak romantik yang ada dalam ganjil tidak seperti watak romantik yang kita lihat kahwin paksa.

“Tidak. Sama sekali berbeza romantik yang kita cuba ekspres dalam projek ini,” jelasnya lagi.

Persamaan Amri, Fattah

Ketika ditanya mengenai persamaan watak yang dimainkan dalam Ganjil, menurut figura tinggi lampai itu sedikit sebanyak karekter Amri mempunyai persamaan dengan kehidupan realitinya.

Kongsi penyanyi runut bunyi Wanita Terakhir itu, dia mendedahkan secara realiti, kehidupannya secara peribadi suka memendam masalah.

Selain itu, dia juga tidak ramai rakan taulan serta gemar membawa diri seperti watak Amri tersebut.

“Amri ini memang sangat suka memendam masalah dia dan suka membawa diri, tidak ramai kawan.

“Jadi itulah persamaan watak Amri dengan kehidupan saya,” kongsinya kepada Utusan Malaysia.

Maka, tidak hairanlah Fattah dilihat sempadan membawa watak berkenaan walaupun katanya baru pertama kali diberi karakter sebegitu rupa.

Menurut pemenang Anugerah PelakonTV Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 (ABPBH31) pada 2018, ada juga kekangan dalam menjayakan naskhah tersebut terutama semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mana tidaknya, untuk menghabiskan pengambaran yang hanya 10 episod ini memakan masa berminggu untuk disempurnakan akibat kekangan berkenaan.

“Kita membuat pengambaran sangat lama, walaupun hanya 10 episod tetapi terpaksa menahan dahulu pengambaran sebab PKP, itu adalah antara cabaran.

“Untuk menjayakan projek ini, apabila datang masalah, bagaimanapun kita meletakkan dalam fikiran bahawa apa pun terjadi, kita perlu selesaikan projek ini juga walaupun PKP dan sebagainya.

“Tetapi, Alhamdulillah semua orang tahu peranan dan tanggungjawab masing-masing serta kita semua ingin membuat yang terbaik untuk projek ini,” ujar Fattah.

Bakal menayangkan siri drama serba baharu Malaysia berjudul Ganjil. Sebuah kisah percintaan yang romantik, penuh fantasi.

Ganjil juga menggabungkan dua genre untuk satu karya dalam membentuk alam yang menakjubkan.

Siri ini berkisahkan seorang lelaki dan wanita muda yang mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan yang menampilkan Fattah Amin sebagai Amry dan pelakon wanita popular, Diana Danielle sebagai Nabila.

Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya