Dakwa berat sebelah, Nurnilam Sari bakal ambil tindakan undang-undang terhadap Harith Iskander - Utusan Malaysia

Dakwa berat sebelah, Nurnilam Sari bakal ambil tindakan undang-undang terhadap Harith Iskander

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pengurus usahawan sensasi, Nur Sajat, Nurnilam Sari bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak terkenal, Harith Iskander berhubung kandungan temu bualnya bersama usahawan tersebut di platform Facebook yang didakwa berat sebelah.

Menurut Nurnilam, dia mendakwa Harith sebagai hos temu bual berkenaan membenarkan orang yang bersalah bercakap berhubung kes penipuan yang telah diadili di mahkamah.

“Saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada Harith Iskander kerana membenarkan orang bersalah bercakap mengenai kes penipuan yang telah diadili di mahkamah. Mencemarkan maruah dan reputasi.

“Bila seseorang menjatuhkan reputasi kita dengan membiarkan orang yang bersalah bersuara, serta cuba membuat fakta yang salah. Jadi, hati-hati Harith dengan temu bual anda secara siaran langsung,” katanya di Facebook.

Mengulas lanjut, Nurnillam mendakwa usahawan tersebut banyak memutarbelitkan fakta dan menjelaskan isu mahkamah berkaitan kes penipuan dengan cara salah.

Dia yang dikatakan menjadi ‘mangsa’ kes melibatkan Nur Sajat itu tampil menyelar apa yang telah diperkatakan oleh usahawan itu.

“Banyak betul putar belit kau ya Sajat. Nak sangat ke aku mendedahkan semua bukti kau masa dekat mahkamah. Bukti dalam mahkamah ini perkara yang tidak boleh ditipu ya. Fakta bukan auta.

“Eh tiba-tiba kata kita Perhubungan Awam (PR) dan Pemasaran mengurus stokis. Salah itu Sajat. Kita Pengurus Besar awak dulu, pencacai mengurus segala untuk awak.

“Sampai duit kita pun pinjam berjuta kan. Cakap serupa ular,” dedahnya lagi menerusi entri berkenaan.

Bagaimanapun, Harith memberitahu bahawa dia sama sekali tidak berpihak kepada mana-mana individu seperti yang dikatakan berat sebelah semasa temu bual secara langsung itu.

Jelas Harith di Facebook, dia hanya mahu rakyat Malaysia mendengar sendiri apa yang diperkatakan Nur Sajat dari mulutnya sendiri.

Sekadar informasi, dalam temu bual tersebut usahawan kontroversi itu telah menceritakan kronologi yang terjadi dalam hidupnya berhubung beberapa isu sehingga mengambil tindakan melarikan diri ke luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.