‘Aurat jaga ya bro’ - netizen tegur penampilan Hafeez Mikail - Utusan Malaysia

‘Aurat jaga ya bro’ – netizen tegur penampilan Hafeez Mikail

SEORANG pengguna Instagram tampil menegur penampilan Hafeez yang berseluar pendek.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan pelakon, Hafeez Mikail memuat naik sekeping gambar berseluar pendek di media sosial baru-baru ini menimbulkan rasa kurang senang seorang pengguna Instagram (IG).

Menerusi ruangan komen, pengguna IG, ssyyffrrkkhheell tampil menegur tindakan pelakon itu yang disifatkannya sebagai mendedahkan aurat.

“Apa-apa pun, aurat jaga ya bro,” tegurnya di ruangan komen.

Komen secara terbuka pengguna IG tersebut mengundang komen balas daripada Hafeez.

Pelakon drama Hati Perempuan itu meminta agar pengguna IG itu berhenti ‘mengintai’ nya di laman sosial tersebut sekiranya tidak bersetuju dengan penampilannya di dalam gambar berkenaan.

“Imam Bukhari kata paha bukan aurat untuk lelaki.

“Dan kalau tidak suka tak payah stalk (intai) kita adik, dan belajarlah muat naik gambar,” balasnya.

Hafeez atau nama sebenarnya, Muhd. Hafiz Muhd. Zaki, 29, semakin dikenali selepas muncul dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita menerusi watak Megat Wakeel.

Kemunculannya mewarnai industri filem dan drama diiktiraf apabila anak jati Kuala Lumpur ini dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan Festival Filem Malaysia ke-30, dua tahun lalu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya