‘Ada tawaran yang dibatalkan’ - Siti Nordiana - Utusan Malaysia

‘Ada tawaran yang dibatalkan’ – Siti Nordiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal, Siti Nordiana mendakwa reputasinya terjejas akibat kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkan lima individu yang juga rakan industrinya sebelum ini.

Penyanyi lagu Angkara ini berkata, pendapatannya terjejas selepas kehilangan tawaran lakonan dan nyanyian serta pengikut di Instagram (IG) gara-gara fitnah berkenaan.

“Selain review (ulasan) berbayar, saya ada kerja menyanyi dan berlakon.
Saya tidak nafikan ada tawaran yang dibatalkan berpunca daripada kes ini.

“Tetapi, saya tidak tahu sangat sebab semua tawaran yang saya terima diuruskan oleh pengurus saya.

“Terdapat penurunan (jumlah) pengikut saya di IG disebabkan kes ini,” jelasnya ketika prosiding yang diadakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu.

Kenyataan itu dikeluarkan Siti Nordiana di hadapan hakim Zulqarnain Hassan.

Dalam pada itu, ketika ditemui media di luar mahkamah, penyanyi dan pelakon berusia 37 tahun itu memberitahu pihaknya dan kesemua defendan gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu tersebut.

“Kita sudah berbincang, tetapi masing-masing tiada kata persetujuan.

“Kita sudah cuba yang terbaik tetapi kalau ini jalan penyelesaiannya, jadi inilah terpaksa kami lakukan.

“Kita tidak boleh kongsikan apa yang dibincangkan. Yang pasti, tiada jalan penyelesaian,” katanya.

Konflik antara Siti Nordiana dan lima defendan terus meruncing apabila penyanyi itu memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM2.5 juta atas dakwaan lima sekawan termasuk penyanyi, Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim serta tiga individu termasuk penyanyi Syura Badron, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC Sam Samin memfitnahnya secara langsung di IG.

Siti Nordiana,selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai lalu dengan menamakan lima pihak sebagai defendan-defendan.

Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya