Seminggu awal, keadaan bayi songsang - Ayda Jebat bersalin hari ini - Utusan Malaysia

Seminggu awal, keadaan bayi songsang – Ayda Jebat bersalin hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mendedahkan dia terpaksa bersalin seminggu awal dari tarikh yang sepatutnya.

Penyanyi lagu Pencuri Hati itu memaklumkan berita itu menerusi Instagram miliknya dengan memuat naik gambar di samping suami yang sedang memegang perutnya.

“Assalamualaikum semua. Insya-Allah bayi wuvv (gelaran anak) akan keluar petang ini.

“Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat dan selamat, perkenankanlah,” ujarnya.

Sementara itu, sekitar pukul 3.18 petang Ayda sempat mengulang siar InstaStory adiknya, Sabira Jebat yang memohon doa orang ramai semoga urusan bersalin kakaknya dipermudahkan.

“Bayi sudah tidak sabar nak keluar! Kecemasan sebab keadaan bayi songsang. Semoga dipermudahkan urusan bersalin kakak. Kami sayang awak. Ivy tak sabar nak tengok sepupu dia,” coret adik Ayda.

Sebagai informasi, Ayda dan Nabil Mahir berkahwin pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya