Pintu damai ditutup buat KD - Ayu Ting Ting - Utusan Malaysia

Pintu damai ditutup buat KD – Ayu Ting Ting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi, Ayu Ting Ting, 30, enggan membuka pintu damai buat pemilik akaun instagram Gundik Empang iaitu Kartika Damayanti atau KD atas perbuatannya yang telah mencemarkan nama baiknya serta menghina anaknya, Bilqis Khumairah Razak,8, di media sosial.

Menurut Ayu yang popular dengan lagu Sambalado, pihaknya juga telah membuat laporan polis kelmarin bagi memberi pengajaran dan amaran kepada mana-mana netizen agar tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah dan menghina dirinya dan keluarga.

“Tidak perlu berdamai. Sudah tentu perkara seperti ini harus diberikan pengajaran.

“Ini juga adalah satu langkah saya untuk masa depannya. Saya harus bertindak sebagai orang tua. Apa lagi, jejak digital tidak boleh dihapus,”katanya.

Selasa lalu, Ayu hadir ke Ibu Pejabat Polis Polda Metro Jaya bagi membantu siasatan dan memberi keterangan mengenai kes tersebut.

Menurut laporan media, Ayu menerusi sesi tersebut berada selama tiga jam dengan ditemani peguamnya, Minola Sebayang.

Kontroversi berlaku sekitar Julai lalu apabila Kartika yang menggunapakai akaun tersebut didapati menghina dan mencemarkan nama baik Ayu termasuk keluarganya di media sosial.

Selain itu, menurut laporan media Indonesia, Ayu merupakan antara selebriti dan artis yang paling banyak menerima kecaman dan kritikan daripada netizen sejak dia menceburi bidang seni.

Namun, menerusi tindakan dangkal Kartika, Ayu nekad untuk membersihkan nama baiknya sekali gus memberi pengajaran kepada semua pihak yang bersandarkan gelaran netizen.
habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya