Mexico rai kemerdekaan ke-211, 16 September lalu - Utusan Malaysia

Mexico rai kemerdekaan ke-211, 16 September lalu

Mexico turut berkongsi meraikan ulangtahun ke-211 kemerdekaannya dengan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Selain Malaysia yang meraikan hari Malaysia ke-58 pada 16 September lalu, Mexico turut memperingati hari kemerdekaan negara itu bagi tahun ke-211 pada tarikh yang sama.

Menurut kenyataan akhbar Kedutaan Besar Mexico di Malaysia, mereka sangat menghargai ucapan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah yang akan ditayangkan di semua saluran media Mexico, Malaysia dan di media sosial. 

“Kami (Kedutaan Mexico) menjemput semua rakyat Malaysia dan masyarakat Mexico untuk mengikuti kami di laman media sosial kami -Twitter @EmbaMexMls, Facebook @EmbaMexMls,” kata kenyataan itu.

Sambutan Hari Kebangsaan Mexico itu diraikan dengan sejumlah acara seperti pencahayaan warna bendera kebangsaan Mexico di Menara KL pada 15 September. 

“Kami amat berterima kasih kepada Direktorat Pusat Pengajian Amerika Latin Universiti Malaya kerana menjadi tuan rumah bagi hari kebudayaan Mexico di pusat kajian itu. Selamat Hari Malaysia! Viva Mexico,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, di rangkaian sosial media Mexico pula, penonton dapat menikmati pelbagai video gastronomi, muzik klasik, tarian dan, upacara ‘El Grito’ oleh Duta Besar Mexico yang baru di Malaysia, Edmundo Font.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya