Kitchen Saver hargai khidmat selebriti - Utusan Malaysia

Kitchen Saver hargai khidmat selebriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bagi memastikan pemasaran jenama sentiasa mengikuti perkembangan semasa, produk bahan kisar masakan iaitu Kitchen Saver di bawah Anggun Lufya Empire Sdn Bhd menjalin usahasama dengan menggunakan khidmat selebriti, penulis blog dan pempengaruh media sosial tempatan.

Menurut Pengarahnya, Nur Hafiza Hashim, 33, usaha ini sejajar dengan matlamat untuk memfokuskan perniagaan secara atas talian dan di media sosial yang dilihat lebih mudah dan efektif terutama ketika era endemik ini.

Kata Hafiza, strategi dengan menggunakan pengaruh figura-figura ini diyakini mampu memperkenalkan lagi produknya kepada orang ramai sekaligus turut membantu ejen-ejen Kitchen Saver yang dilantik lebih mudah untuk memasarkan jualan mereka.

“Saya tahu bukan mudah untuk mendapatkan khidmat mereka yang popular terutamanya selebriti.

“Saya fikir ini adalah peluang saya untuk memperkenalkan lagi Kitchen Saver kepada orang ramai dan membantu ejen-ejen meluaskan lagi pasaran mereka” katanya.

Sebagai permulaan, baru-baru ini Kitchen Saver berbesar hati apabila pelakon popular, Zara Zya sudi bekerjasama dengan memasak menu Kari Daging Rebung menggunakan produk mereka.

Teruja dengan ulasan yang diberikan secara kreatif daripada Zara Zya, Harfiza yang mewakili Kitchen Saver berasa terharu apabila menerima maklum balas yang positif terutamanya dalam memudahkan tugasan memasak di dapur.

Kitchen Saver mempunyai sembilan asas bahan kisar kasar terdiri daripada bawang putih kisar, bawang Holland kisar, bawang besar kisar, kunyit kisar, lengkuas kisar, serai kisar, cili padi kisar, cili kering kisar dan halia.

Dalam pada itu, menurut Harfiza, jenama ini juga bakal memperkenalkan tiga lagi bahan mentah masakan dalam senarai mereka.

“Setelah berbulan-bulan akur dengan prosedur operasi standard (SOP) dan perintah kawalan pergerakan yang ditetapkan, kini masanya untuk kami mencipta kelainan dan cara-cara inovatif untuk orang ramai memasak di dapur.

“Bahan kisar menggunakan jenama ini mampu bertahan selama sebulan jika di simpan di dalam ruang simpanan biasa peti ais manakala jika disimpan di dalam tempat beku ia mampu bertahan selama setahun,”katanya.

Mendapat pengiktirafan Halal dan menerima khidmat nasihat serta bekalan bahan mentah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Kitchen Saver turut menerima dorongan daripada pihak Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

“Alhamdulillah setakat ini, segala bahan yang digunakan termasuk air mentah akan dihantar terelebih dahulu kepada pihak MARDI untuk pemeriksaan dan kelulusan. Malah pekerja kami yang menguruskan produk juga telah mendapat suntikan Typhoid,”katanya.

Untuk maklumat lanjut layari www.kitchensaverhq.com

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN