“Doktor kata banyakkan buat posisi sujud dan doa” -Tasha Manshahar kongsi perkembangan kandungan - Utusan Malaysia

“Doktor kata banyakkan buat posisi sujud dan doa” -Tasha Manshahar kongsi perkembangan kandungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi Tasha Manshahar, berkongsi perkembangan terkini mengenai kehamilannya selepas melakukan pemeriksaan bulanan bersama doktor.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Bukan Aku itu memuat naik satu swatafoto sambil menitipkan rasa syukur kerana bayi dalam kandungan baik menerusi kapsyennya.

Bagaimanapun, Tasha memaklumkan keadaan bayi dalam kandungannya itu masih di posisi songsang.

Sehubungan itu, dia juga sempat meminta pengikutnya tips untuk mengembalikan posisi bayi dalam keadaan yang normal.

“Alhamdulillah, selesai pemeriksaan bulanan. Kali ini saiz bayi tidak sebesar masa scan Muammar dahulu. Air ketuban pun normal (dulu terlebih, berenang-renang kawan dalam perut).

“Selain itu, gula pun okey. Syukur Alhamdulillah. Cuma itulah, bayi posisi songsang lagi. Doktor kata jumpa lagi tiga minggu.

“Mudah-mudahan bayi dah pusing. Doktor kata banyakkan buat posisi sujud dan doa. Siapa ada tips pusingkan bayi yang songsang lagi tolong kongsi ya,” katanya di Instagram.

Sebagai informasi, Tasha dan pilhan hatinya yang juga penyanyi, Raqib Majid telah mendirikan rumah tangga, pada tanggal 8 September 2018 dan dikurniakan anakanda sulung bernama Muamaar Rafiqi, 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya