“Cuti rehat tunggu bayi lelaki lahir” - Elly Mazlein Mohon doa dipermudahkan - Utusan Malaysia

“Cuti rehat tunggu bayi lelaki lahir” – Elly Mazlein Mohon doa dipermudahkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Elly Mazlein memuat naik status keterujaannya bakal menimang cahaya mata kedua yang dijangka bakal bersalin anak lelaki tidak lama lagi.

Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom yang berkongsi keterujaan tersebut menerusi Instagramnya turut memohon doa daripada orang ramai agar proses bersalin dipermudahkan.

“Dengan ini, Kak Pom sudah cuti rehat tunggu baby boy mama lahir di dunia. Insya-Allah, tidak sabarnya nak jumpa permata hati kedua mama.

“Doakan Kak Lina semoga semuanya selamat ya. Terima kasih,” katanya.

Dalam perkongsian sama, penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu berterima kasih kepada pereka busana yang menampilkan dia tampil “berseri” pada program hiburan slot istimewa.

“Terima kasih @hudahassanshahabuddin sudi sediakan baju untuk Kak Lina pakai petang semalam dalam istimewa MeleTop, ada rezeki Insya-Allah kita jumpa tahun depan.

“Memang terpaling letopan (menarik) baju ini. Suka sangat sebiji macam Kak Lina tempah. Kain selesa dan memang sesuai buat ibu-ibu yang nak berfesyen walaupun berbadan begau (gempal) macam Kak Lina. Tapi ingat begau itu lawa,” tulisnya.

Untuk rekod, pasangan Elly dan suami, Muhammad Azlan Che Nuh berkahwin pada Januari 2020.

Manakala hasil perkongsian perkahwinan pertama dengan pengarah terkenal, Azmi Hatta, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Sefhia yang kini berusia lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya