"Alahan saya pelik betul, rasa tak boleh nak duduk dalam rumah sendiri” -Syatilla Melvin - Utusan Malaysia

“Alahan saya pelik betul, rasa tak boleh nak duduk dalam rumah sendiri” -Syatilla Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan usahawan terkenal, Syatilla Melvin mendedahkan dia sedang mengalami alahan pelik apabila dia tidak gemar melihat perabot dan perhiasan di dalam rumahnya.

Menurut Syatilla, dia berasa mual setiap kali melihat barangan berkenaan semasa berada di dalam rumahnya sejak kebelakangan ini.

“Buat masa ini, mengidam sesuatu itu tiada, cuma biasalah kita manusia, macam setiap hari ada teringin nak makan itu ini. Semasa saya mengandung dua orang anak sebelum ini tiada rasa mengidam atau alahan.

“Cuma kali ini, alahan saya pelik betul. Saya rasa tidak boleh nak duduk dalam rumah sendiri, tidak boleh melihat rumah yang saya sudah hiasi. Jadi, ia sesuatu yang peliklah kan kerana sebelum ini itulah perkara yang kita paling suka lakukan.

“Bila hamil kali ini, apa yang saya suka kini semuanya menjadi berlawanan. Sampai tidak boleh lihat barang-barang dalam rumah. Malah, bila tengok barangan hiasan rumah melalui ruangan Instagram pun saya rasa nak muntah dan serabut,” tuturnya.

Mengulas lanjut, dia turut memaklumkan dalam perancangan untuk menetap di sebuah tempat namun masih belum mengetahui lagi hala tuju tersebut.

Dalam pada itu, dia memanjatkan doa terhadap Ilahi agar alahan yang dialaminya ini berakhir dengan cepat serta diberikan kesihatan yang baik.

“Buat masa ini, saya masih menetap di dalam rumah lagi. Tetapi lihatlah bagaimana, mungkin akan keluar juga dalam masa terdekat ini tetapi tidak tahu ke mana lagi.

“Janganlah beri rasa alahan ini lama, rasa tidak sanggup sangat. Sebelum ini bila bangun dari tidur, Syatilla rasa gembira, sekarang ini bangun sahaja rasa tidak seronok yang saya tidak tahu nak terangkan rasa ini.

“Saya berdoa alahan ini berakhir dengan pantas. Sam ada bertanya kepada saya, nak duduk hotel ke buat sementara waktu ini,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya