"Mengenali beliau seawal kerjaya seninya, kita mula dengan Kesetiaan..." -Ajai - Utusan Malaysia

“Mengenali beliau seawal kerjaya seninya, kita mula dengan Kesetiaan…” -Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai turut merasai kehilangan seorang anak seni tanah air berbakat besar, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, setelah mengenalinya sejak awal kemunculan penyanyi itu dalam industri seni.

Menurut Ajai, dia menitipkan penghargaan dan berasa bangga kerana berpeluang untuk menghasilkan beberapa buah lagu buat penyanyi tersebut.

Tambahnya lagi, dia menyifatkan penyanyi lagu Kesetiaan itu sememangnya dikurniakan bakat nyanyian luar biasa dalam bidang nyanyi ini.

“Saya mengenali beliau seawal kerjaya seninya. Peluang memberi karya-karya ciptaan saya kepadanya merupakan satu penghargaan.

“Bekerja dengan seorang insan seni yang mempunyai kurniaan bakat yang sangat indah daripada Allah. Adik, kita mula dengan Kesetiaan, begitulah sifat kamu.

“Setianya kamu sebagai seorang isteri, ibu, anak serta sahabat. Budi pekerti adik sangat indah,” coretnya di Instagram.

Dalam pada itu, dia memberitahu juga karya ciptaan terbaharunya berjudul Semakin Benci Semakin Cinta itu merupakan kenangan terakhirnya bersama arwah.

“Yang terakhir bersama adik, untuk lagu duet bersama suami kamu, Shuib. Rupanya itu adalah kenangan tawa terakhir kita.

“Sebesar mana kasih sayang kami padamu adik, besar lagi kasih Allah yang menjemputmu hari ini. Hilang kata, hilang rasa, hilang sebutir permata. Moga syurga buatmu adik,” tulisnya.

Semalam, penyanyi kesayangan ramai itu, telah menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 5.13 pagi. Kemudian, jenazah Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin selamat dikebumikan selepas Zohor di Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.