‘Tak demam teruk cuma…’ - Fazura - Utusan Malaysia

‘Tak demam teruk cuma…’ – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktres jelita, Fazura berkongsi tahap kesihatannya kurang baik selepas menerima suntikan vaksin dos pertama namun dia bersyukur tidak mengalami kesan sampingan yang teruk.

Jelas pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu menerusi Instagramnnya, kondisi badannya semalam baik-baik saja.

“Sehari selepas suntikan, semalam rasa ok saja, biasa-biasa. Kak Long bukan… (selorohnya). Tapi beransur-ansur mula rasa bisa pada bahagian tangan kanan tempat cucuk itu. Faz minta suntikan sebelah kanan sebab tangan kiri ini yang selalu dukung Fatima.

“Malam tadi sakit kepala, bukan pening biasa tapi migraine. Alhamdulillah tidak demam teruk cuma badan rasa lemah dan sendi-sendi pun ada rasa bisa sikit,” ujarnya sambil baring manja di paha suami.

Isteri kepada pelakon dan penyanyi, Fattah Amin, juga meminta nasihat daripada orang ramai berkenaan panadol yang dirasakan sesuai untuknya mengurangkan sakit kepala dan badan.

“Faz makan Panadol Optizorb ini tapi tidak kurang juga migraine dan sakit badan. Bolehkah makan Panadol Extra? Selepas itu, hari ke berapa boleh minum kopi ya? Macam manalah nak kerja kalau fidak boleh minum kopi, haiyo! Siapa yang sudah menang boleh ke tolong bagi tip dan nasihat?,” tulisnya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat yang sudah menerima suntikan vaksin dan lengkap dua dos membanjiri ruangan tersebut dengan pengalaman masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya