‘Saya tertarik dengan watak Ivana’ - Tiara Jacquelina - Utusan Malaysia

‘Saya tertarik dengan watak Ivana’ – Tiara Jacquelina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kepulangan aktres tersohor, Puan Sri Tiara Jacquelina ke layar seni selepas 17 tahun pasti mengubat rindu peminat yang sekian lama ingin melihatnya kembali beraksi.

Skrip dan penceritaan yang menarik menjadi asbab permata seni ini memilih drama, Keluarga Baha Don musim ketiga sebagai ‘pentas’ eksperimentasinya kali ini.

Lebih utama, kekuatan watak antagonis komedi, Ivana mengunci kemahuannya untuk tampil dalam drama bersiri diminati ramai ini.

“Saya tertarik dengan watak Ivana kerana ia berbeza. Pihak Produksi berjaya membentangkan skripnya dengan ilustrasi karakter yang lengkap dengan kostum istimewa.

“Saya mahu cuba watak baharu dan tidak pernah membawakan watak antagonis dalam drama komedi. Jadi, saya ambil peluang ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Tiara berkata sebagai anak seni, kualiti yang dipertaruhkan perlu di tahap tertinggi dan kerana itu juga dia melihat drama popular ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

“Saya kagum dengan hasil kerja yang dicurahkan dalam drama yang menampilkan ramai pelakon hebat ini.

“Saya yakin keputusan yang saya ambil adalah tepat. Dengan drama sehebat ini, penantian peminat untuk melihat saya berlakon semula menjadi tidak sia-sia,” katanya lagi.

Keluarga Baha Don menceritakan keanehan sebuah keluarga yang menyembunyikan jenayah terancang disebalik perniagaan makanan.

Drama 10 episod ini turut menampilkan nama-nama popular seperti Remy Ishak, Datuk Jalaluddin Hassan, Amy Mastura, Susan Lankester, Khir Rahman, Othman Hafsham, Jihan Muse, Nam Ron, Tony Eusoff dan ramai lagi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya