Esok umat Islam menyambut hari raya Aidiladha. Mesti ramai yang teringin hendak makan nasi impit yang selalunya di makan bersama kuah kacang. Masih sempat lagi hendak membuatnya sendiri.
Noriza Awang Hamat, berkata tidak susah untuk membuat nasi impit, asalkan tahu cara membuatnya dengan betul. Setelah siap dimasak, pasti cantik kejadian nasi impit tersebut.
Bagi memastikan nasi impit itu menjadi dan cantik apabila dipotong, apa yang perlu dibuat ialah masak seperti masak nasi biasa. Selagi nasi belum kering jangan dikacau lagi. Apabila nasi masak dan betul-betul kering baru dilenyek semasa nasi masih panas.
Alas bekas dengan daun pisang kemudian masukkan nasi yang siap dilenyek tadi. Balut bagi kemas kemudian tindih dengan apa-apa barang yang berat supaya nasi impit jadi cantik. Selepas itu barulah dipotong. Selamat mencuba.
Nasi impit:
Bahan-bahan:
1 cawan beras
3 cawan air
sedikit garam
1 helai daun pandan
2 sudu besar minyak masak.
Cara membuat nasi impit:
1-Cuci bersih beras kemudian masukkan air, daun pandan disimpul, sedikit garam dan minyak masak .
2-Masak seperti masak nasi biasa selagi nasi belum kering jangan dikacau lagi. Apabila nasi masak dan betul-betul kering baru dilenyek semasa nasi masih panas.
3-Alas bekas dengan daun pisang kemudian masukkan nasi yang siap dilenyek tadi. Balut bagi kemas kemudian tindih dengan apa-apa barang yang berat supaya nasi impit jadi cantik.
4-Bolehlah potong nasi impit apabila mahu dimakan.
Resipi kuah kacang:
Bahan-bahan:
2 cawan kacang tanah – digoreng tanpa minyak kemudian buangan kulit. Kemudian dikisar kasar.
Bahan-bahan untuk dikisar:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
cili kering -yang siap direbus terlebih dahulu
lengkuas sebesar ibu jari- diketuk
3 batang serai- diketuk
1 sudu teh jintan putih – ditumbuk.
santan dari sebiji kelapa – ambil santan pekat sahaja.
3 keping nise atau gula Melaka
4 sudu besar gula pasir
sedikit garam
Cara membuat kuah kacang:
1-Panaskan periuk, kemudian masukkan minyak. Selepas itu tumiskan bahan yang dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.
2-Kemudian masukkan gula Melaka dan jintan putih. Kacau hingga sebati kemudian masukkan serai, lengkuas dan gula pasir.
3-Setelah semua bahan sebati, masukan santan pekat, kacang tanah dan sedikit garam.
Masak sehingga pekat dan pecah minyak.
4-Siap dan sedia untuk dimakan bersama nasi impit.
Terima kasih: Noriza Awang Hamat
Facebook : Noriza Awang Hamat / https://www.facebook.com/noriza.awanghamat.7









