Minuman baru Starbucks gamit nostalgia - Utusan Malaysia

Minuman baru Starbucks gamit nostalgia

Pilihan baharu buat pencinta kopi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENAMA minuman kopi terkemuka, Starbucks, kini memperkenalkan perisa baharu menerusi suntikan elemen nostalgia retro dalam seleksi kopi kegemaran ramai kali ini.

Melancarkan rangkaian minuman baru Neopolitan Frappucino dan S’mores Frappucino, kedua-duanya mampu menggamit memori klasik zaman kanak-kanak yang tentunya begitu dekat di hati penggemarnya.

Neopolitan menggabungkan tiga sensasi perisa klasik utama iaitu coklat, strawberi dan vanila yang disulami dengan sos coklat dan strawberi serta serbuk biji vanila yang sebenar.

Dikisar sempurna dengan ais dan susu, Neopolitan dihiasi pula dengan krim putar, lelehan sos mocha serta kon waffle yang ranggup sebagai kemasan akhirnya.

Starbucks turut memperkenalkan minuman Chocolate Truffle Nitro Cold Brew dan Cold Brew yang mana, kedua-duanya membawa konotasi perisa yang sempurna buat para penggemar minuman kopi dan coklat.

Selain itu, pilihan minuman berperisa S’mores pula menghidangkan penggemarnya dengan kopi yang dikisar bersama ais dan susu dan disulami dengan krim putar marshmallow selain dihiasi dengan taburan biskut graham bersama marshmallow.

Pastinya bagaikan sedang menikmati minuman enak bak berada di sebuah tapak perkhemahan bukan?

Selain itu, bagi penggemar atau penyimpan koleksi bekas minuman Starbucks, koleksi terbaru juga telah dilancarkan oleh jenama minuman ini menerusi tagline baru yang diberi nama Joy of Connection.

Koleksi terbaru tersebut merangkumi cawan mug, botol minuman, tumbler dan bekas minuman sejuk yang boleh didapati pada pelbagai corak menarik.

Kesemua perisa baharu ini telah dijual bermula pada hari ini di semua cawangan Starbucks Malaysia pada edisi terhad pada harga yang berbeza.

Neopolitan Frapuccino dan S’mores Frapuccino dijual pada harga RM20.65 ke atas dan Chocolate Trufle Nitro Cold Brew dan Cold Brew pula didapati pada harga RM15.90 ke atas.

Barangan koleksi Starbucks untuk musim kali ini pula dijual pada harga RM70 ke atas dan sehingga stok masih ada.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN