Koleksi dwa gabungan dua cincin - Utusan Malaysia

Koleksi dwa gabungan dua cincin

Dwa sesuai dijadikan cincin pertunangan atau hdiah ulang tahun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REKAAN ringkas gabungan dua cincin berlian yang dijadikan satu memberi kelainan dan unik sesuai digayakan buat penggemar konsep minimalis.

Koleksi DWA diperkenalkan oleh Habib Jewels (Habib) ini diilhamkan daripada perkataan ‘dua’, bagi memberi ilusi seperti memakai dua bentuk cincin.

Pasti rambang mata untuk memilih kerana koleksi ini mempunyai sembilan rekaan yang diinspirasikan daripada pelbagai motif, antaranya galaksi bintang dan bulan, kerlipan di angkasa, flora dan fauna, lingkaran emas dan berlian serta kasih sayang.

Mengambil kira permintaan daripada para pelanggan yang mempunyai cita rasa berbeza, koleksi ini diikat dengan tiga warna emas jenis 9k iaitu emas kuning, putih dan rose.

Penggemarnya juga boleh memilih 10 reka bentuk unik antaranya seperti rekaan berbentuk hati (heart shape), lingkaran berlian ‘solitare’ dan kuntuman dua bunga bertatahkan berlian.

Pemakaian cincin koleksi ini boleh dipakai sebentuk atau bertindih. Untuk kelihatan lebih bergaya dan trendy, ia juga cantik digayakan dengan memakainya lebih daripada satu jari.
Dengan rekaan yang melingkar, ia sesuai untuk semua bentuk jari dan menyerlahkan ilusi jari lebih runcing dan kemas dengan saiz yang disediakan adalah daripada 9 hingga 18.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×