Ketulan ais buat pisang goreng lebih ranggup - Utusan Malaysia

Ketulan ais buat pisang goreng lebih ranggup

Selepas masukkan majerin yang telah dicairkan, gaul hingga semua bahan sebati termasuk ketulan ais.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rakyat Malaysia suka sangat makan pisang goreng. Biasanya kita akan beli pisang goreng di gerai tepi jalan. Tetapi disebabkan perintah kawalan pergerakan, pasti ada yang merindui pisang goreng, siap ada kerak dan serdak yang rangup, kan?

Apa kata anda cuba buat sendiri pisang goreng rangup mengikut resipi yang dikongsikan oleh Rumarwati Mohd Tahir ini.

Menurut ibu kepada empat orang anak ini, resipi tepung bancuhan pisang goreng rangup ini dipelajarinya daripada bapanya yang sebelum ini pernah menjadi penjaja pisang goreng di tepi jalan. Bahan ketulan ais membantu menyedapkan rasa.

Tepung goreng pisang yang dimasak oleh bapanya memang berbeza kerana tidak menggunakan tepung beras dan telur. Namun rasa pisang gorengnya teramat rangup.

Lebih mesra dengan sapaan Umi Watie, surirumah ini sangat suka memuatnaik pelbagai resipi di akaun Facebook (FB) beliau dan beberapa grup masakan di FB.

Bahan-Bahan:

Sebiji Pisang tanduk – dipotong-potong
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi kayu
Serbuk kunyit secukupnya
Garam secukup rasa
2 sudu besar marjerin – cairkan terlebih dahulu
4 ketul ais batu
1 ¾ cawan air – untuk bancuhan tepung pertama
¼ cawan air – untuk bancuhan tepung kedua
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan bancuhan tepung untuk salutan pisang:

1-Campurkan tepung gandum, tepung ubi kayu, serbuk kunyit dan garam di dalam bekas.
2-Selepas itu masukkan marjerin yang telah dicairkan dan air. Gaul bahan-bahan ini sehingga semuanya sebati. Pastikan ketulan ais tadi cair sekali. Bancuhan tepung ini perlulah pekat.
3-Setelah siap bancuhan tepung itu, biarkan seketika dan buat bancuhan tepung kedua.

Nota : Marjerin, ais batu dan tepung ubi untuk merangupkan bancuhan tepung goreng pisang kita. Ini bahan rahsianya.

Cara penyediaan bancuhan tepung untuk kerak dan serdak.

1-Ambil ½ cawan bancuhan tepung pekat yang telah siap tadi. Dalam bekas lain, campurkan dengan ¼ cawan air. Bancuhan ini memang cair.

Cara memasak pisang goreng dan kerak yang rangup.

1-Ambil pisang tanduk yang telah dipotong-potong tadi. Salutkan pisang ini dengan bancuhan pertama yang lebih pekat.
2-Panaskan kuali dan masukkan minyak. Apabila minyak panas, masukkan dua sudu besar bancuhan tepung cair tadi. Tepung ini akan naik berkelopak.
3-Selepas itu barulah masukkan pisang yang telah disalut dengan bancuhan tepung pekat tadi. Biarkan pisang ini masak sehingga kekuningan. Setelah masak bolehlah angkat dan toskan minyak terlebih dahulu.
4-Ulang langkah-langkah yang sama hinggalah semua pisang dan tepung bancuhan cair itu telah habis.

Terima kasih Rumarwati Mohd Tahir
Facebook : Umi Watie / aztie.homemade (https://www.facebook.com/aztie.homemade)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya