Kebanyakan orang Melayu suka meletakkan santan dalam menu kari bagi menghasilkan rasa lebih lemak dan manis. Ia berbeza dengan sajian kari yang disediakan mamak atau orang India yang tidak menggunakan santan.
Tanpa santan, menu dikatakan akan bertahan lebih lama. Mari kita cuba menu kari kepala ikan tanpa santan ini oleh Rosela Ismail.

Bahan-bahan
* 1 kepala ikan (jenahak/ikan merah)
* 3 labu bawang besar (hiris)
* 6 ulas bawang putih (hiris)
* 2 inci halia (hiris)
* 3 tangkai daun kari
* 1 sudu kecil halba campur
* 6 sudu serbuk kari ikan
* 3 sudu serbuk kari daging
* Segenggam asam jawa dibancuh dengan air
* Bendi, tomato, terung dan cili hijau
* Garam secukupnya
* Minyak dan air
Cara masak
1. Panaskan sedikit minyak, tumis hirisan bawang besar, bawang merah, halia, daun kari dan halba campur (tumis hingga terbit bau sahaja).
2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak (letak sedikit air supaya tumisan tidak hangus).
3. Masukkan air asam jawab dan tambah air secukupnya.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masak sampai kuah nampak pekat.
6. Masukkan kepala ikan dan biarkan kepala ikan masak.
7. Masukkan bendi, tomato, terung dan cili hijau atau merah.
8. Sedia untuk dinikmati.










