‘Bukan suka-suka nak lapan packs’ - Norman ‘belanja’ badan sasa - Utusan Malaysia

‘Bukan suka-suka nak lapan packs’ – Norman ‘belanja’ badan sasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Norman Hakim memberitahu dia mengambil serius tentang kesihatan tubuh badannya dan bukan semata-mata untuk mendapatkan bentuk tubuh yang sasa sahaja.

Pelakon berusia 45 tahun itu menjelaskan, dia mempunyai masalah dengan kolesterol yang sangat tinggi dan disebabkan hal itu dia bermotivasi untuk mendapatkan peratusan lemak badan yang ideal.

“Kolestrol saya mula naik awal tahun lepas (5.3 peratus). Masuk pertengahan tahun lepas makin naik (6.2 peratus) sampailah ke awal tahun ini (6.6 peratus) sudah cecah ke ‘boarder line’.

“Doktor saya cakap kalau pertengahan tahun ini tidak turun juga, saya kena buat angiogram untuk periksa takut ada penyumbatan sebab saya dalam lingkungan faktor keturunan.

“Saya rasa nak tahu sangat sebab saya yang kaki fitness agak hardcore ini pun terjebak dalam isu kolestrol tinggi. Dalam erti kata lain, doktor dapati selain daripada faktor keturunan, pemakanan adalah penyumbang utama,” tulisnya di Instagram.

Jelas pelakon filem Pasrah itu lagi, selepas membuat pemeriksaan pada Mac tahun lalu, dia terus berusaha dengan bantuan pakar menerusi rejim latihan dan piramid pemakanan yang betul.

“Bila sampai masa untuk pemeriksaan pada pertengahan Jun lalu memang seram tapi ada keyakinan yang kolestrol akan turun. Tapi Maha Kuasa Allah tidak sangka kadar peratusan turun dengan maksimum. Bacaan akhir 6.6 peratus turun ke 2.3 peratus. Alhamdulillah.

“Moralnya jangan sekali buat satu hal sambil lewa. Sama-sama kita ambil langkah-langkah pencegahan dan itu lebih baik daripada rawatan,” akhirinya.

Menjengah ruangan komen, meriah dengan “sorakan makan hati” dan dikagumi peminat termasuk rakan-rakan artis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya