“Allahyarham pergi dengan tenang” - Utusan Malaysia

“Allahyarham pergi dengan tenang”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Alhamdulillah, Allahyarham pergi dalam keadaan yang sangat mudah dengan wajah berseri dan tenang.”

Itu diceritakan Datin Nazariah Abu Bakar, 66, isteri kepada bintang veteran, Datuk Baharuddin Omar, 85, yang meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam akibat sesak nafas kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tua, Batu Caves sekitar pukul 1 petang, hari ini.

Nazariah yang berada disisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir memberitahu dia sempat memandikan dan menyembahyangkan jenazah arwah suaminya namun tidak hadir ketika proses pengebumian.

“Pihak masjid datang kira-kira 8 pagi tadi dan membawa jenazah pergi meninggalkan hospital untuk dimandikan dan dikafankan di Masjid Sungai Tua. Saya turut besama-sama memandikan dan mengkafankan jenazah tetapi tidak ke tanah perkuburan.

“Alhamdulillah, semua proses berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Nazariah memberitahu arwah suaminya meninggal dunia bukan kerana wabak COVID-19, tetapi menghidap penyakit pembuluh darah bengkak.

“Arwah selepas makan masuk ke bilik untuk berehat. Saya yang meninjaunya dibilik selepas menyelesaikan urusan di dapur mendapati beliau sesak nafas dan kemudian tidak sedarkan diri,”katanya.

Allahyarham Baharuddin pada tiga tahun lepas pernah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan di kepala selepas terjatuh dalam bilik air.

Hasil pemeriksaan mendapati beliau mengalami bengkak di bahagian esofagus. Akan tetapi, pembedahan tidak dijalankan disebabkan faktor usia dan Allahyarham hanya bergantung kepada ubat-ubatan.

Dalam pada itu Nazariah menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang periang dan sering bersedekah ketika hayatnya.

“Arwah ini amat disenangi kanak-kanak kerana sifatnya yang baik dan penyayang. Allahyarham juga amat rajin bersedekah. Dahulu kalau berpeluang makan di luar, dialah orang yang bertama yang akan ke kaunter bayaran untuk membayar makan dan minum kenalannya,” ujarnya.

Permata seni negara ini mula berkecimpung dalam dunia lakonan sekitar tahun 1967 menerusi drama Tanah Pusaka. Allahyarham turut dikenali menerusi drama Perajurit Pulang pada tahun 1968 dan Bangsawan (1970).

Namun, Baharuddin paling dikenali ketika membintangi drama bersiri, Anjang Aki arahan Aziz Abbas sekitar tahun 1981 disamping Allahyarham Datuk Ismail Hudson dan Dian P Ramlee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya