"Berlakon? Ada tawaran tapi bosan" - Fazura - Utusan Malaysia

“Berlakon? Ada tawaran tapi bosan” – Fazura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sudah lama tidak berlakon, Nur Fazura tidak menafikan skrip dan jalan cerita yang hampir sama serta membosankan membuatkan dirinya sukar untuk menerima sebarang tawaran.

Malah jelas Fazura, ada beberapa produksi yang tidak boleh menerima waktu dan susunan kerjanya selepas bergelar ibu menyukarkan lagi mereka untuk bekerjasama.

“Dah lama tidak berlakon. Masa itu belum kahwin lagi. Bukan apa, ada tawaran tetapi karakter dia macam cinta tiga segi, perempuan kena pukul, jadi mangsa. Bosan…bosan..bosan. Skrip bosan, tak payahlah.

“Ada juga tawaran, macam seronok skrip berbeza, isu lain tetapi tidak boleh terima susunan kerja dan masa saya, jadi terpaksa kita tolak,” katanya dalam sesi siaran langsung di Instagramnya semalam.

Dalam pada itu, Fazura tetap percaya kepada rezeki dan tidak keberatan untuk menerima sebarang tawaran yang mampu memberikannya kepuasan terutama dari segi jalan cerita, skrip dan komitmen masa.

“Saya pun kalau boleh sudah tidak mahu terlau menonjokan sisi kehidupan contohnya dalam program realiti. Jadi lebih privasi.

“Sekarang, untuk berkongsi tentang kehidupan itu agak sukar,” jelasnya menjawab soalan peminat dalam sesi siaran langsung itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.