"Awak Tuhan ke?" - Kerap terima cacian, Aisar maafkan netizen - Utusan Malaysia

“Awak Tuhan ke?” – Kerap terima cacian, Aisar maafkan netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Caci maki dan pujian memang ‘bersahabat baik’ dengan artis. Begitulah situasi yang dihadapi pelakon baharu, Aisar Khaled, 21 yang mengakui kerap menerima mesej negatif.

Pun begitu, Aisar yang lebih dikenali sebagai selebriti media sosial tetap optimis dan percaya apa yang dilaluinya ketika ini ada hikmah.

“Cacian dan makian hidup diteruskan. Banyak sangat dapat mesej macam ini dari dulu sampai sekarang. Saya cuma nak kongsikan dekat semua orang, ingat bila awak buat macam ini dekat orang, Allah itu Maha Adil.

“Kami semua mencari rezeki yang halal. Awak siapa nak mengadili influencer, artis dan orang lain. Awak tuhan ke? Apa-apa pun saya maafkan semua orang ya… dan doakan saya terus kuat di dalam hidup ini,” coretnya.

Terdahulu, pelakon drama Chandelier itu pernah hangat di media sosial gara-gara kandungan video cabaran ‘babi air’ di YouTube. Namun, Aisar telah pun membuat permohonan maaf kepada khalayak umum dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya