‘Tak nak kongsi? Mereka di sana berkorban nyawa’- Diana Amir - Utusan Malaysia

‘Tak nak kongsi? Mereka di sana berkorban nyawa’- Diana Amir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara terkenal, Diana Amir, menegur segelintir mereka yang mempunyai kapasiti sebagai pempengaruh media sosial untuk tampil berkongsi tentang Palestin, dan bukannya berdiam diri.

Menurut Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, meskipun kita berhenti melayari media sosial seketika, penduduk Palestin tidak tidur malah terus diserang dan dibedil oleh tentera zionis.

“Masjid Al-Aqsa itu masjid kita, masjid semua umat Islam dan banyak sejarah Islam telah berlaku di situ malah diceritakan dalam al-Quran. Disebabkan itulah mereka mempertahankan Palestin.

“Mereka mengorbankan nyawa untuk tanah Islam. Jadi terus hantarkan senjata kita iaitu doa supaya mereka kekal kuat dan diberikan kemenangan yang dijanjikan Allah SWT, Palestin akan bebas suatu hari nanti.

“Awak masih tak nak post tentang isu ini di media sosial? Kenapa, takut mencemar kecantikan feed? Tidak ambil endah nyawa saudara Islam digadai tanpa belas ihsan? Bangkitlah kita ini hidup di dunia yang sementara. Apa yang kita ada ini akan hancur, apa yang dibawa bersama hanyalah doa anak soleh, sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat.

“Wahai influencer gunakanlah pengaruh untuk melakukan kebaikan, gunakan kreativiti untuk menyebarkan kesedaran. Jika Allah SWT tanya tentang nikmat pengaruh yang kita ada digunakan untuk apa ketika umat Islam ditindas, kita ada jawapan yang menyelamatkan. Bukan bermaksud menidakkan hak kita untuk berbahagia di dunia, cuma, ketika ini pekalah dengan isu sensitif,” kata selebriti yang popular dengan perjuangan solidariti kemanusiaan itu.

Dalam perkongsian video berdurasi hampir dua minit, pelakon 7 Petala Cinta itu turut berpesan kepada golongan selebriti agar berkongsi dengan fakta dan sejarah yang betul supaya dapat memberikan kefahaman kepada umum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya