Selepas Langkawi, Neelofa ke Nilai pula? - Utusan Malaysia

Selepas Langkawi, Neelofa ke Nilai pula?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas tiga minggu meminta maaf, selebriti dan usahawan, Neelofa terpalit pula dengan kontorversi sama apabila didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan.

Spekulasi tersebut menjadi tular apabila Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail dikatakan memuat naik gambar dan video ketika berada di sebuah kedai karpet yang dipercayai berlokasi di Nilai.

Bagaikan magnet, Neelofa terus menerus menjadi papan sasaran kecaman netizen yang bertubi-tubi mempersoalkan mengapa selebriti itu melakukan kesalahan sama berulang kali walaupun sudah meminta maaf.

Malah media sosial turut dibanjiri dengan kisah-kisah warganet yang berkongsi kesusahan dan kesedihan mereka apabila tidak dapat merentas negeri untuk bertemu keluarga dan sanak saudara.

Tindakan Neelofa yang didakwa merentas negeri ke Nilai itu turut mengundang krtikan dan pandangan beberapa selebriti serta pemain industri yang menasihatkan pengacara itu untuk mematuhi SOP.

Sehingga kini, pengacara itu masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau jawapan berhubung kontroversi tersebut.

Sebelum ini, Neelofa tampil memohon maaf secara terbuka berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis perkahwinan dan kunjungannya ke Langkawi, Kedah bersama Haris.

Malah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, pasangan popular tersebut masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kesalahan itu melibatkan majlis pernikahan mereka iaitu Neelofa selaku penganjur gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP penganjuran majlis sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.