Nasi hujan panas adalah satu menu yang sememangnya digemari masyarakat Malaysia sejak dahulu. Ia sesuai dihidangkan pada bila-bila masa, bukan hanya ketika makan beradab, majlis keraian, sambutan Aidilfitri atau perayaan lain. Malah, ia enak dimakan dengan apa juga lauk-pauk, antaranya ayam bakar dan daging dimasak kerutuk. Sebenarnya hidangan ini sama seperti nasi minyak. Cuma bezanya, nasi hujan panas berwarna-warni, ada kuning, hijau dan merah yang membuatkan nasi ini nampak lebih…