Misha Omar kecewa tak dapat daftar vaksin? - Utusan Malaysia

Misha Omar kecewa tak dapat daftar vaksin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa apabila gagal mendaftar vaksin AstraZeneca fasa kedua, sama seperti penyanyi terkenal, Misha Omar, menyifatkan kesukarannya untuk mengakses sistem tempahan vaksin tersebut, hari ini.

Menerusi entri Instagramnya, meluahkan rasa kecewa apabila dia dan suaminya gagal membuat janji temu bagi mendapatkan vaksin berkenaan.

“Perjuangan masih belum selesai. Kami berdua masih gagal mendapatkan temu janji vaksin. Tekan-tekan dan geletek-geletek dia (melalui laman web tersebut), reaksi tetap sama. Dia buat tidak tahu macam tiada perasaan.

“Selepas itu, tekan ‘refresh’ isi semua butiran beberapa kali sampai jari kebas tetapi tetap ‘geletek’ di tempat yang nak divaksin itu tiada sebarang reaksi.

“Geram kita awak, selepas beberapa ketika lepas ke halaman seterusnya nak memilih tarikh. Tekan semua tarikh, tetap dia mainkan perasaan Kak Mitch.

Penyanyi lagu Tanpa Rela itu juga sempat berseloroh menerusi perkongsiannya walaupun gagal mendaftar vaksin bagi fasa kedua.

“Sudahlah begitu, sibuk minta mengaku banyak kali saya bukan robot, Kak Mitch bukan robot.

“Saya rasa, cakap ‘I love you’ pada suami untuk tahun ini pun tidak sebanyak saya mengaku bukan robot di laman web vaksin Covid-19 tadi,” katanya.

Dalam pada itu, Misha meminta orang ramai agar tidak berputus asa untuk mencuba semula slot tempahan pada masa akan datang apabila diumumkan kerajaan kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya