Menangis di pagi raya - Utusan Malaysia

Menangis di pagi raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Persiapan raya antara momen yang paling menyeronokkan. Biarpun di kala pandemik Covid-19, hari raya tetap diraikan di dalam suasana norma baharu.

Bagi menyambut cahaya Aidilfitri, penyanyi yang semakin mendapat tempat dalam industri seni suara, Yonnyboii akan membawa enam adik-beradiknya keluar untuk membeli-belah baju raya.

“Cakap fasal persiapan raya ini dua perkara sahaja, kalau tak menghias rumah mesti pergi beli-belah baju raya. Rasanya tahun ini lebih kurang sama macam tahun lalu, bawa adik-adik pergi beli baju raya. Tapi kami ini sejenis yang suka beli pada minggu akhir Ramadan.

“Seronok tengok telatah masing-masing mencari dan mencuba baju raya. Paling seronok lagi bila dapat bagi duit raya kalau ada rezeki lebih. Iyalah saya tahu macam mana rasanya dapat duit raya, siapa tak mahu bukan?

“Tapi saya tetap akan meriahkan lagi sambutan raya tahun ini dengan mengeluarkan koleksi baju raya gaya moden tersendiri ala-rap,” kongsinya.

Berkongsi saat yang paling berbahagia dan menyentuh hati, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman, 22, berkata, berkumpul satu keluarga besar di kampung opah, Tasik Raban, Lenggong, Perak, adalah saat-saat yang dinanti-nantikan tiap kali menjelang raya.

“Saya mengharapkan perayaan yang gembira di samping keluarga tercinta walaupun kita tahu keadaan sekarang tidak berapa baik. Jadi saya rasa kalau masih diberikan peluang, mestilah nak berkumpul dengan sanak saudara insya-Allah.

“Kebiasaannya, satu keluarga besar akan berkumpul di kampung opah namun tahun lepas tak dapat sebab kerajaan tak benarkan.

“Kalau tahun ini boleh, pastinya momen seperti dahulu dapat diraikan dalam suasana meriah bersama-sama sepupu kedua. Kami tak berapa rapat sangat namun hari raya itu lah momen kami bertukar salam bermaaf-maafan,” katanya turunkan ego.

Dalam pada itu, siapa sangka anak kepada Nor Azrin rupa-rupanya seorang yang berhati tisu.

“Kami adik-beradik semua dibesarkan untuk menjadi anak-anak yang hati keringlah konon, tetapi kalau pada pagi raya itu, sayalah orang pertama yang beratur minta maaf dengan emak. Lagi pun kami tak menunjuk sangat cara berkasih sayang, cuma adalah cara kami tersendiri. Boleh faham hanya dengan cara pandangan mata sahaja,” katanya jujur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×