Lan Pet Pet mengamuk lagi? - Utusan Malaysia

Lan Pet Pet mengamuk lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Video pergaduhan membabitkan seorang lelaki menyerupai Lan Pet Pet menjadi tular di laman sosial sejak malam tadi.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, lelaki yang mirip pelawak itu dilihat memukul bahagian kepala selain merangkul leher seorang lelaki.

Kejadian yang berlaku di kawasan yang masih belum dapat disahkan itu turut menarik perhatian orang ramai.

Pada masa yang sama beberapa pengguna jalan raya lain turut membantu meleraikan pergaduhan dengan menenangkan individu terbabit.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk menghubungi Lan dalam mendapatkan kepastian mengenai kejadian tersebut masih belum berjaya.

Terdahulu Lan atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad, 51, pernah menimbulkan kemarahan ramai apabila dia bertindak memukul seorang pegawai keselamatan berumur 71.

Melalui kesalahan itu Lan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Seremban pada 15 April 2019 selepas mengaku bersalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya