Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Itu pepatah buat sepasang suami isteri yang tidak jemu memperkenalkan inovasi songkok lipat dihasilkan secara turun temurun sejak berabad lalu. Usaha gigih pasangan itu nyata membuahkan hasil apabila songkok yang boleh dilipat dan disimpan rapi kini menjadi identiti bagi Butik Masood Hussin di Muar, Johor sekali gus mendapat permintaan tinggi menjelang Aidilfitri. Pengusaha Butik Masood Hussin, Nur Dalila Abdul Ghani, 41, berkata, penghasilan…










